Kerjaya Sahara Yaacob

Sahara memulakan kerjaya muzik sejak berusia belasan tahun. Bayaran pertama beliau sebagai penyanyi ialah sebanyak RM5 ketika diminta menyanyikan lagu di majlis perkahwinan dari jam 12 tengahari hingga 5 petang pada 1968. Beliau menandatangani kontrak rakaman bersama Warnada pada 1986 dan seterusnya muncul bersama album pertamanya, Sahara. Tidak lama selepas dikeluarkan, dua lagu dalam album ini, "Sahara Blues" dan "Tuhan" diharamkan dari penyiaran oleh RTM.[5]

Pada tahun yang sama, beliau diberi peluang menjadi pengacara bersama Dayangku Intan dalam rancangan muzikal RTM, Hiburan Minggu Ini (HMI). Pada tahun 1988, Sahara muncul dengan album kedua Jawapan terbitan Arrowline Productions dan edaran PMC. Pengurusnya ketika itu, Ghazlan Sheikh Mahmood berkhidmat sebagai penerbit album.[5] Album ketiganya, Sinaran Cinta pula menyusul pada 1994.[6][7]

Beliau membuat kemunculan semula di industri muzik selepas lebih 15 tahun menyepi dengan membuat persembahan di Anugerah Melodi 2016 yang berlangsung pada 10 Disember 2016.[8] Pada Mac 2018, beliau dilantik sebagai Presiden, Persatuan Transformasi Artis Malaysia (PERTAMAS).[9]

Rujukan

WikiPedia: Sahara Yaacob http://www.ibnuhasyim.com/2016/07/artis-sahara-yaa... https://www.discogs.com/artist/4887801-Sahara-Yaac... https://www.last.fm/music/Sahara+Yaacob https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/... https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2016/07... https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2016/12... https://www.klik.com.my/item/story/2433777/oh-saha... https://www.klik.com.my/item/story/2454021/sahara-... https://www.klik.com.my/item/story/253253/sahara-k... https://www.klik.com.my/item/story/620427/i-will-s...